Keusahawanan
NADI Taman Seri Lubuk Redan berada di barisan rumah kedai. Oleh itu, terdapat beberapa perniagaan yang berasa di sekitar PI.
Antara perniagaan yang di jalankan di sekitar PI adalah kedai runcit, bengkel motosikal, bengkel kereta dan juga beberapa kedai makan.
Antara kedai makan yang terdapat di sini ialah, kedai makanan bagi sarapan pagi yang menyediakan nasi lemak, kuih-kuih tradisional, roti canai dan pelbagai lagi.
Bagi santapan tengah hari pula, terdapat kedai yang menyediakan juadah bagi nasi berlauk dan juga kedai yang menjual nasi ayam.